Proses Hidup yang Dilalui Haiwan
1. Seperti manusia, haiwan juga melalui proses
hidup.
2. Proses hidup haiwan termasuklah:
- perkumuhan (excretion)
- penyahtinjaan (defecation)
- pernafasan
- pembiakan
Perkumuhan dan Penyahtinjaan
1. Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk
menyingkirkan bahan buangan daripada badan mereka.
2. Jika haiwan tidak mengumuhkan atau
bernyahtinja bahan buangan daripada tubuh, haiwan akan mendapat penyakit.
3. Oleh itu, haiwan perlu berkumuh dan
bernyahtinja untuk kekal sihat.
Pernafasan
1. Haiwan bernafas melalui struktur
pernafasan.
2. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur
pernafasan yang berbeza.
3. Gambar di bawah menunjukkan struktur
pernafasan bagi beberapa jenis haiwan.
insang |
peparu |
peparu buku (book lung) |
sistem trakea |
kulit lembap |
4. Jadual di bawah menunjukkan cara haiwan yang
berlainan bernafas.
Pembiakan
1. Haiwan membiak.
2. Haiwan membiak sama ada secara:
- melahirkan anak
- bertelur
3. Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah lembu, kucing, kanggaru, ikan
paus dan monyet.
4. Sesetengah haiwan melahirkan bilangan anak yang kecil seperti harimau, lembu, kuda dan gajah.
5. Sesetengah haiwan melahirkan banyak anak seperti kucing, anjing dan tikus.
6. Contoh haiwan yang bertelur ialah burung, penyu, katak, ikan, ular dan buaya.
7. Sesetengah haiwan bertelur dengan bilangan yang kecil seperti burung, ayam dan itik.
8. Sesetengah haiwan bertelur dengan banyak seperti penyu, ikan dan katak.

9. Kita boleh
mengelaskan haiwan-haiwan berdasarkan cara pembiakannya.
没有评论:
发表评论