rasanya lintah kedah belum lagi cerita tentang
kitaran hidup lintah. macam juga benda hidup yang lain... lintah juga mempunyai
kitaran hidupnya yang tersendiri...
kitaran hidup lintah adalah ringkas sahaja iaitu telur, anak dan dewasa. tak macam manusia... yang dikelaskan mengikut peringkat umur yang lebih khusus.
biasanya, seminggu selepas mengawan lintah akan bertelur (disimpan di dalam cocoon). selepas 3 hingga 4 minggu, telur akan menetas di mana anak-anak lintah (juvenil) yang berwarna kemerahan akan keluar. juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa, bezanya ia bersaiz sangat kecil.
purata tempoh mula matang lintah adalah sekitar 4 hingga 6 bulan selepas keluar dari cocoon di mana pada peringkat ini ia sudah sedia untuk mengawan. lintah tempatan, hirudinaria manillensis dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mempunyai tahap pembiakan tinggi pada umur sekitar 2-3 tahun.
jadi janganlah bimbang... lintah boleh membiak banyak kali hinggalah dikatakan monopaus iaitu selepas berumur 4 tahun.

Lintah yang ditunjukkan di atas mengungkitkan pengalaman saya semasa menyertai kem di hutan.
回复删除